Monday, April 5, 2010

untuk semua...

Ini bukan post saya yang pertama untuk blog ini.

dah banyak yang dah di postkan selama ini cuma saya dah delete sebab sensored..:D

post saya kali ni dan kali akan datang mungkin sesuai di baca oleh segenap lapisan masyarakat...

Sebab saya rasa bodoh menulis tetapi tidak ada yang membaca.

Idea saya, rasa saya tidak sampai ke mana.

Tidak ada kepuasan di situ.

Jadi, mari saya menulis tentang apa yang saya nampak dan mungkin juga apa yang saya tak nampak.

Apa yang menggerakkan saya untuk kembali menulis blog adalah kerana saya tidak mampu menanggung semuanya di dalam kepala dan hati saya yang tidak sekuat mana pun.

Saya hanya manusia biasa. Saya hanya manusia biasa. Saya bukan siapa-siapa.

Saya menulis di sini kerana saya tak boleh meluahkannya secara live.

Saya manusia biasa (sekali lagi). Saya punya banyak kelemahan.

Dan adat manusia, manusia memang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.

Saya tidak pernah punya niat untuk bersaing, menjadi yang ternama, yang terbaik.

Semua yang saya lakukan dalam hidup ini adalah untuk survival saya sendiri.

Tidak ada niat lain.

Saya manusia yang hidup penuh duri dan ranjau.

Sekali kala saya di hargai, tapi bukan sekali sekala saya dibuang ke tepi.

Saya manusia biasa. Adakala saya menangis kerana saya jatuh terduduk.

Tapi ada manusia yang ingin membantu saya bangun kembali seikhlas saya membantu mereka bangun apabila mereka jatuh?

Tentulah TIDAK!

Saya manusia yang akan cuba menghapus air mata teman-teman saya.

Tapi teman-teman saya suka membuat saya membuang air mata saya.

Saya seorang manusia yang akan cuba membantu orang di sekeliling saya menghadapi masalah mereka sampaikan mak saya menggelarkan saya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

tapi bila saya susah ada yang datang membantu?

Tentulah jawapannya TIDAK! hanya yang setia adalah emak saya.

Saya bukan membantu kerana inginkan orang melihat saya sebagai malaikat.

Saya membantu kerana saya tahu betapa pedihnya mengalami kesusahan dan kesukaran kalau tidak ada yang membantu.

Saya tidak mahu orang lain menjadi seperti saya.

Merasai kesusahan yang kadang kala tak tertanggung rasanya.

Tapi saya percaya Allah sentiasa bersama saya. SENTIASA!

Makanya saya tidak akan berkata tidak kepada sesiapapun.

Saya sedia berkorban apa saja untuk orang yang saya sayangi cuma persoalannya di sini, saya juga manusia biasa yang percaya kepada berbuat baik akan di balas baik.

Tapi mengapa setiap kali saya berbuat kebaikan, hati saya akan tergores luka.

SAYA MANUSIA BIASA. Sungguh pun melihat saya tidak berperasaaan tapi saya tetap merasa terluka.

Bakat saya adalah mungkin berlakon. Berlakon kuat, berlagak semuanya baik-baik belaka sedangkan luka nanah di dalam hati tak mungkin ada yang dapat melihat.

Saya menulis bukan kerana saya ingin meminta simpati sesiapa, saya cuma berharap kalian yang membaca blog ini mempunyai kesedaran untuk menghargai manusia yang sedia membantu kalian, bersama-sama kalian di dalam suka dan duka, sekalipun manusia itu bukan saya.

Labelkan saya apa saja.

Tak berkudis pun tubuh saya.

Katakan apa saja, saya sudah tidak lagi terjejas.

Satu saja yang saya minta, layanlah saya seperti manusia.

Bukan patung yang tidak bernyawa dan berjiwa.

Saya Lantana Camara.

Lantana Camara, ramai yang menganggap ianya hanya bunga tahi ayam.

Tapi JANGAN PERNAH LUPA, IA JUGA SATU SPESIES BUNGA!

Saya juga adalah bunga (perempuan).

Sekasar mana sekali pun saya tetap perempuan!

Friday, March 20, 2009

Post pendahuluan....

Salam pertemuan yang pertama...sebenarnya ini buka blog saya yang pertama...This is my second blog...My first blog tak siapa yang tau sebab saya tak mahu orang tahu...It's everything about my feeling..Blog ini pula ditulis atas rasional idea-idea yang dijana oleh pemikiran saya perlu mempunyai saluran dan wadah untuk dikeluarkan...Supaya otak saya tidak melupakannya dan akhirnya tiada membawa apa-apa faedah...Idea akan bertukar menjadi omongan kosong...As what I said,it's just an idea bukan satu fakta atau kebenaran...Undang-undang idea, boleh diterima atau ditolak...Mungkin bagi saya relevan bagi orang lain sampah..Tapi sekurang-kurangnya saya mengharapkan idea saya dapat dibaca dan lebih baik lagi diterima..Insya Allah..bacalah post-post saya dan renung-renungkan..Terima Kasih